Kelas Photoshop
24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 23 Julai 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas suntingan gambar dengan menggunakan aplikasi photoshop. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk mengedit gambar menjadi lebih menarik dengan menggunakan aplikasi yang sedia ada sekarang. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: